|
||
|
Friday, July 08, 2005 A Little Not-So-Common Dishes Today... Assalamualaikum, friends... Not a long time back, Uncle EP had once said, "Just write anything, regardless of the language use, as long as the idea is conveyed successfully to the audience,.. never stop writing just because of the difficulty of expressing the thought in a preferred lingua, just keep on writing"... so that is actually what I want to do today, just write... from this point onward, the entry will be in Bahasa Malaysia, ;-) Untuk kali yang entah ke berapa semalam, aku merindui saat-saat ketika aku masih aktif melibatkan diri dengan kegiatan perjuangan bahasa (kecil-kecilan tentunya). Saat-saat ketika aku masih gigih meluangkan masa untuk menghadiri latihan pantun selepas tamat sekolah,... saat-saat aku bertekak dan bertegang leher dengan sahabat-sahabat sepasukan, menyediakan diri untuk pertandingan bahas, pidato dan forum,... saat-saat aku memaksa diri mengorbankan tidur petang yang nyaman semata-mata untuk melatih pasukan pelapis pantun dan bahas bagi pihak sekolah... Semuanya, adalah kenangan pahit manis yang terlalu mengimbau jendela kenangan. Kenangan-kenangan lama yang sayangnya 'mati muda' kerana aku tak pernah mencuba untuk meneruskan kesinambungan perjuangan sebaik sahaja kaki ini menjejak anak tangga pertama menara gading. Kenapa kau tanya? Aku sendiri pun masih tidak pasti jawapannya, yang jelas dan nyata, ketiadaan pengangkutan dan kesuntukan masa ketika tinggal di luar kampus adalah alasan penyedap hati yang selalu aku berikan pada semua mereka yang bertanya... Barangkali aku kecewa dengan pencapaian diri sepanjang tempoh persekolahan, kerana aku tak pernah benar-benar menjuarai apa-apa, walaupun hakikatnya, aku agak terkenal dahulunya, calon 'Pembahas Terbaik' di Kem Bahas Ala Parlimen 199*, dan finalis Pidato Piala DiRaja Wilayah Persekutuan 199*. Mungkin barangkali aku terlalu ego, atau sebaliknya terlalu takut, untuk bermula dari bawah semula, kerana sebagai pelajar baru di kampus itu, siapalah aku di mata mereka yang lebih senior... Yang aku amat pasti kini, setelah bekerja dan bergelumang dengan segala macam frasa dan kecelaruan terma teknikal yang perlu aku hadam dan cerna sehari-hari, membuatkan aku kembali perlu kepada suatu medium pelarian, yang jauh dan asing dari segala terma-terma itu... aku semakin merindui pantun, puisi, debat dan segala yang selari dengannya, yang diungkap dan terungkap indah dalam lidah ibunda. Sukar untuk memulakan kembali, terlebih kini aku tidak pasti wujudkah lagi pentas untuk aku berpencak kata, tetapi setiap kesukaran itu, bukankah janji, kepada langkah pertama untuk berjaya?! Serangkap pantun dari aku yang sudah berkarat ilmu pantunnya: berkilau pantulan permata senja, hempasan ombak mencorak pesisir; sungguh terkilan di hati hamba, hajat memuncak sayang terpinggir. Wassalam. nesloice walks through at 5:22 PM. |
Nesloice the Man... -- Nuar a.k.a Banuar a.k.a Song Advertisement... Untuk tempahan : Website Pink Platun Important Links... -- Websites Blogger Friends of Mine :-)
-- TokRimau's
-- Salina's
-- Nida's They Remains a Virtual Entity
-- Wanda's
-- Dell's
-- Dahlia's They Stopped Writing, :( -- Langsat's -- abgMeor's -- Awin's Previous Walks
November 2004 Tag on my board...
|
|
template originally designed by jess